2004-05-31

Memori Akademi Fantasia 2003 [01]

Episod pertama ditayangkan pada 31 Mei 2004. Rakaman yang ditayangkan adalah terdiri dari klip video yang mungkin tidak pernah kita tonton sebelum ini.

Tiada dialog atau komen dari hos rancangan. Hanya tayangan video klip selama 30 minit.

Ada antara beberapa klip video yang mencuit hati saya ketika menontonnya. Klip video yang ditayangkan pada pendapat saya, adalah di antara 3 minggu terawal rancangan AF. Ini kerana, dapat dilihat dalam klip-klip tersebut, hanya Adi dan juga Azza yang tiada bersama pelajar-pelajar lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home