2004-06-07

Diari Akademi Fantasia 2004 [001]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Pengenalan
Pelajar memasuki Akademi, dan memulakan sesi pengenalan bersama Pengetua serta Guru-guru mereka di ruang studio.

Lawatan
- Kelas Vokal
Kelas vokal kali ini dilengkapi 12 kerusi (satu bagi setiap orang), agak selesa berbanding AF 1.

- Studio / Kelas Tarian
Susunan studio kali ini agak berbeza dari AF 1, di mana, ia digabungkan dengan ruang bersantai yang mana dahulunya adalah berasingan.

- Dining Hall
Pelajar kemudiannya dibawa masuk ke kawasan dining hall di mana mereka akan menikmati hidangan mereka di situ.

- Bilik Pengetua/Motivasi
Bilik ini, seperti AF 1, bagi pelajar menemui pengetua @ penasihat motivasi sekiranya mereka mempunyai masalah.

Pijak Kaki
Bob memberitahu semua, bahawa sebagai permulaan, kaki guru mesti dipijak sebagai mendapat restu bagi pembelajaran mereka.

Nama di atas kain
Pelajar diminta untuk menulis nama di atas kain dan dilekatkan di bahagian depan + belakang setiap pelajar bagi memudahkan penonton, guru dan krew mengenali mereka.

Penutup
Korie mengajar tarian bagi lagu tema, Akademi Fantasia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home