2004-06-07

Diari Akademi Fantasia 2004 [002]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Para pelajar dikenalkan dengan En. Julian (ganti Baha). Kemudian mereka bersarapan beramai-ramai.

Selepas sesi bersarapan, para pelajar berkumpul di studio bagi mendapatkan tugasan bagi konsert mereka yang pertama. Berikut ialah senarai pelajar beserta lagu yang akan mereka persembahkan.

Pelajar - Lagu
01. Fitri - Jerat [Harvey Malaiholo]
02. Anding - Jika Kau Bercinta Lagi
03. Kaer - Januari [Glenn]
04. Bob - Wajah Kesayangan Hamba [Hail Amir]
05. Zahid - Percayakan Siti [Exist]
06. Adam - Jangan Lafazkan [KRU]
07. Farah - Seandainya Masih Ada Cinta [Dayang Nurfaizah]
08. Zarina - Mencintaimu [Kris Dayanti]
09. Edlin - Bintang Hati [Amy Mastura]
10. Nurul - Sejakku Bertemu Padamu [Sanisah Huri]
11. Mas - Permata Biru [Ella]
12. Linda - Tak Tahan Lagi [Melly Goeslow]

Ketika diamati semasa sesi memberikan tugasan, hampir semua pelajar membaca 'Bismillah' ketika diserahkan fail. Macam nak menunjuk-nunjuk pulak. Entahlah, penonton yang akan nilaikan ini semua.

Pelajar perempuan memakai track-suit, dan semuanya nampak lining pakaian dalam mereka. Dan, nampak bentuk punggung mereka... well yang agak leper pada from my point of view.

Nasihat Pengetua & Guru
Pengetua menasihati pelajar, bahawa tiada yang boleh menyamai penyanyi asal. Guru vokal, En. Adnan pula menasihatkan pelajar menghafal serta menjiwai lagu yang akan mereka nyanyikan. Cikgu Linda pula menasihatkan pelajar wanita agar tidak gementar ketika membuat persembahan.

Pengetua kemudiannya mendengar nyanyian secara spontan dari setiap pelajar diiringi minus-one. Ada di antara mereka yang telah dapat membawakan lagu yang diberikan kepada mereka tanpa masalah, ada juga yang belum dapat menjiwai lagi mereka.

Kelas Drama (Pn Fauziah Nawi)
Penghayatan lagu @ watak - Mas menyatakan masalah baginya bagi menjiwai lagu 'Permata Biru' yang bakal dinyanyikannya. Pn Fauziah Nawi [FN] cuba membantu Mas bagi menjiwai watak di dalam lagu tersebut, yang menyatakan bahawa lagu itu 'terlalu laju'.

Konsert & Undi
Kalau dahulunya konsert adalah percuma, tetapi pada kali ini, penonton dikenakan bayaran bagi menonton konsert mingguan yang diadakan di Dewan Sivik MPPJ. Undian pula dikenakan RM0.50 bagi setiap sms. ASTRO buat duit sakan sekarang ni ye....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home