2004-06-10

Diari Akademi Fantasia 2004 [008]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Perkataan keramat lagi, kali ini 'ular lari lurus'. Kata pn Fauziah Nawi, ini adalah bagi membetulkan sebutan pelajar - pelajar AF, terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah dengan huruf 'R'.

Di dalam kelas nyanyian Siti Hajar, Farah menyanyikan lagu Seandainya Masih ada Cinta diiringi oleh cikgu Siti Hajar. Suara Farah ok, tapi suara cikgu dia lagi la power :)

Fitri - sebutan tak berapa kena dengan lagu... kena komen sket dengan cikgu

Nurul - Ok... not bad... pernafasan bagi menyampaikan lagu adalah baik

Imbasan pada hari Isnin, lagu yang akan Kaer bawakan tidak kena dengan nada kunci suaranya... Pengetua, dengan inisiatifnya telah menukar kunci nada lagu Kaer itu.

Akhirnya kamera yang akan berinteraksi dengan pelajar - pelajar diaktifkan. Dan pelajar - pelajar mula berinteraksi dengan kamera tersebut. Ada yang normal, ada juga yang tak normal ... ye la.. macam mengada - ngada sikit.

Di akhir rancangan, pelajar - pelajar lelaki menyanyikan lagu 'Cuti - cuti Malaysia' versi 'kuku kaki kakak ku...'

0 Comments:

Post a Comment

<< Home