2004-07-05

Diari Akademi Fantasia 2004 [041]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Para pelajar menerima hadiah 3 buah microwave dari sponsor.

Kemudiannya sesi sehari selepas konsert, recall balik ketika Fitri masih ada di dalam Akademi. Diikuti Linda membacakan 'wasiat' yang ditinggalkan Fitri. Antara lain, Fitri meminta Linda memakai pakaian yang diberikan kepadanya sebelum Linda membaca wasiat tersebut. Fitri juga menyerahkan jam tangannya kepada Linda sebelum konsert bermula untuk dipakai. Seterusnya semua pelajar menyampaikan pesanan, dorongan dan kata semnagat kepada Fitri.

Selepas itu pelajar dibawa keluar dari Akademi, bagi mendapatkan cahaya matahari setelah sekian lama terkurung.

Komen :-
AF kali ini seperti tempat mencari jodoh, di mana pelajar - pelajar yang meninggalkan Akademi saling menyayangi antara satu sama lain. Macam dah tak ada idea, kerana para pelajar di sediakan pasangan, walaupun tidak nampak secara ketara. Elemen sedih seperti terikat lebih kepada emosi kasih sayang. Tidak seperti AF sebelumnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home