2004-07-03

Konsert AF 2 [004]

Konsert pada malam ini agak berkecamuk sedikit di mana ketika Bob membuat persembahan pada verse terakhir, Aznil menyampuk kerana ingatkan lagu sudah berakhir. Tetapi Bob berjaya mengawal emosinya.

Sekali lagi Aznil melakukan kejutan apabila turut sama menyanyi sebagai suara latar ketika Nurul membuat persembahan. Mungkin kerana suara penyanyi latar yang lain tidak berapa didengari, so Aznil menyelamatkan keadaan.

Ketika Adam membuat persembahan pula, Aznil turut serta menari bersamanya. Adam kelihatan agak 'syok' sendiri semasa persembahannya.

Farah berkebolehan menyanyi, tetapi agak kurang dari segi tarian. Diharapkan Farah dapat lagi bersama kita dalam minggu - minggu yang mendatang. Kerana jika dibandingkan dengan pelajar lain, Farah menguasai vokal dengan baik.

Pada masa inilah, undian yang bijak dari kita semua diperlukan.

Fitri terkeluar pada malam ini, seperti yang dijangka. Para pelajar nampak seperti dapat mengawal perasaan, tidak seperti minggu sebelumnya, apabila Edlin terkeluar.

Sebelum keputusan diumumkan Aznil, Fitri terkeluar, dia membuat sedikit kesilapan dengan menyebut nama Zahid. Saya masih tak faham kenapa kesilapan begitu terjadi kerana, kalau diikutkan, nama pelajar yang terkeluar dengan jelas ditulis pada kad di beg tersebut. Mungkin Aznil mengharapkan Zahid terkeluar pada minggu ini ? Wallahualam. Walaubagaimanapun, diharapkan Aznil lebih berhati - hati di masa hadapan.

Keseluruhan konsert amat menarik dengan komen dari pengkritik yang duduk di tengah tu, sapa nama tah. Kewl dan bersahaja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home