2004-06-17

Diari Akademi Fantasia 2004 [017]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Kelas Pn Fauziah
Objektif - satu ayat boleh disampaikan dengan beberapa cara dan emosi.
Kali ini para pelajar diberikan satu ayat dan dikehendaki untuk menyampaikannya dalam 5 emosi yang berlainan. Semua pelajar melakukan latihan tersebut, tetapi ada komen untuk Bob; dia terlalu berlakon. Walaupun nadanya berlainan, tetapi mimik wajah dia tidak berubah.

Latihan Sendiri
Farah seakan meniru gaya Linda Jasmine ketika berlatih tarian. Anding masuk ke kawasan studio tempat pelajar melakukan latihan tersebut dan berkata mati - mati dia ingatkan cikgu Linda yang sedang mengajar.

Pelajar - pelajar membuat latihan catwalk ketika masa lapang. Ia di ketuai oleh Fitri

Susulan selepas dimarahi kerana bercakap / berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, Anding dan Edlin berbincang mengenainya. Anding menyarankan agar mereka lupakan apa yang telah berlaku. Dia tak marah pun dengan apa yang berlaku,

Ada berlaku insiden kejar - mengejar antara Linda dan Farah di Akademi.

Bob dan Anding membuat latihan tarian lagu 'Kerna Dia' yang akan dinyanyikan Adam di kelas cikgu Linda Jasmine. Tarian Adam mendapat teguran dari Cikgu Linda kerana seperti tidak bertenaga.

Penghujung rancangan, ditayangkan klip Zarina berlatih lagu Awalah Dondang. Dari nada nyanyiannya, dia seperti tak bertenaga.

Overall apa yang dapat disaksikan pada hari ini, para pelajar bersatu di dalam kumpulan ketika melakukan aktiviti sendiri di masa lapang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home