2004-06-16

Diari Akademi Fantasia 2004 [015]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Kelas Vokal - Cikgu Adnan
Suara Fitri masih belum cukup mantap bagi menyampaikan lagu Kasih Latifah. Cikgu Adnan berpendapat, suara Fitri ketika menyampaikan lagu tersebut datang dari dalam perut; terlalu banyak bass, tetapi bagi lagu tersebut dia perlukan suara yang datang dari tekak/chess [mid tone].

Farah agak menjerit sikit, dan Cikgu Adnan merasakan key bagi lagu tersebut terlalu tinggi. cikgu adnan akan cuba buat rough muzik yang diturunkan sikit bitnya.

Zahid seperti tidak dapat menyampaikan nada tinggi bagi lagu Istana Menanti.


Kelas Fauziah Nawi
Pelajar diberikan teks untuk difahami serta membuat huraian.

Antara ulasan pelajar - pelajar :-
Anding - manusia tak pernah puas dengan apa yang dia dapat
Nurul - manusia perlu di ajar

Apa yang dapat diringkaskan ialah, manusia selalu melawan fitrah alam yang menyebabkan mereka akhirnya kucar kacir. Mereka perlukan peraturan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

Pelajar diminta untuk menyampaikan teks tersebut dengan watak mereka tersendiri, antaranya :-
Zahid - ketam yang tidak yakin
Farah - tidak memahami apa yang dicakap
Bob - emosi yang memberikan teguran / tegas

Teks tersebut adalah hasil nukilan Dr Usman Awang, Sasterawan Negara.

Bagi menghilangkan perasaan bosan semasa menunggu kelas seterusnya, Anding dan Mas berlawan tangan.

Seterusnya pelajar dikenalkan dengan perkataan bahasa inggeris berikut :-

The big brown fox jumps over the lazy dog.
Yellow lorry, red lorry.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home