2004-06-11

Diari Akademi Fantasia 2004 [010]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Laporan terakhir hari ini dimulakan dengan kelas motivasi. Para pelajar dikehendaki memejamkan mata serta memikirkan satu perkara yang membuatkan mereka geram. Apabila mereka telah betul - betul bersedia, mereka dikehendaki berdiri lalu menjeritkan perkara tersebut. Dalam banyak - banyak jeritan yang ditayangkan, jeritan dari Nurul agak kureng, mungkin kerana dia agak malu - malu sedikit.

Seterusnya para pelajar membuat persembahan di hadapan semua guru dan juga pengetua sebelum menghadiri konsert.

Adam - komen dari pengetua supaya Adam tidak memegang mikrofon seperti gaya penyanyi karaoke kerana para pelajar yang diambil ke akademi adalah bagi dilatih supaya menjadi penyanyi profesional.

Zahid & Bob - ditegur oleh cikgu Adnan kerana bergurau ketika pelajar lain melakukan persembahan.

Bob - Komen dari pengetua, 'turn' yang dilakukan tidak betul

Farah - Mempunyai sebutan 'S' yang begitu jelas seperti yang dikehendaki sekiranya seseorang penyanyi itu merakamkan lagu di studio (dari pengetua).

Kaer - Agak gugup ketika menyampaikan lagunya

Linda - komen dari guru supaya mendengar kembali lagu bagi memastikan temponya

Mas - pengetua komen yang pitchingnya terlampau banyak lari dan perlu betulkannya, serta tidak memejamkan mata ketika menyampaikan lagu pada bahagian nada tinggi

Zarina - ketika menyampaikan lagunya, seperti bersahaja dan tiada 'feel'. Kaer memandang Zarina seperti terpukau.

Di penghujung rancangan, dipaparkan semula ketika Nurul membuat latihan lagu, Korie dan Adam melakukan tarian joget bagi lagu tersebut. Zarina pula ikut menyanyi.

Komen Saya - Zarina kelihatan sungguh ayu ketika mengenakan baju kurung.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home