2004-06-15

Diari Akademi Fantasia 2004 [013]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])


Kelas vokal Siti Hajar
Cikgu Siti menasihatkan pada semua pelajar supaya jangan cepat sangat emosional, malah sepatutnya bersedia untuk memperbaiki kelemahan mereka. Seterusnya Cikgu Siti mengajar teknik pernafasan kepada semua pelajar. Semasa mengadakan praktikal, Bob dan Anding bercakap menggunakan loghat Sarawak. Cikgu Siti kemudiannya mengajar Mas dan Anding membuat hissing sambil berbaring. Untuk mendapatkan teknik serta keputusan yang memuaskan, Cikgu Siti meminta pelajar agar rajin membuat latihan hissing dan bubling, menggunakan nada suara rendah, sederhana serta tinggi.

Berikut adalah komen dari pelajar mengenai lagu bagi konsert ke 2 yang diberikan kepada mereka :-

Mas - Gembira dapat lagu kaulah segalanya. Lagu ini agak tinggi nadanya dan akan menguji kemampuan Mas

Edlin - Kali ini, Edlin diberikan lagu berbahasa Inggeris. Dia suka pada lagu ini, dan dalam pada masa yang sama merasakan agak susah baginya menghafal lirik lagu Inggeris. Pada pandangan saya, ini akan menguji Edlin sebaik mana dia dapat menyebut perkataan - perkataan Inggeris dengan fasih dan lancar.

Nurul - Nurul diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu Ke Hujung Dunia dari Sarah Raisudin. Baginya, dia suka lagu tersebut, tetapi tidak pernah menyanyikannya sebelum ini. Saya ada CD Siti Sarah, tapi jarang dengar, jadinya tak ingat bagaimana lagu ini.

Linda - Linda pula masih belum mendengar lagu ini secara teliti, tetapi menjanjikan suatu kelainan dari Misha Omar.

Zarina - Kali ini Zarina diberi tugasan untuk menyampaikan lagu Etnik Kreatif yang dinyanyikan oleh Noraniza Idris. Zarina berkata bahawa dia akan cuba untuk mengatasi masalah menghafal lirik serta steps tarian bagi lagu ini. Dia menjanjikan akan membuat yang terbaik.

Farah - Bagi Farah, dia suka lagu ni, dan pernah mendengar sebelum ini tetapi dia ingat - ingat lupa liriknya.

Fitri - Ini adalah kali pertama dia akan menyanyikan lagu rock. Fitri agak tidak suka pada lagu ini.

Zahid - Dengan bersahaja dan agak macam belagak sikit, dia menyatakan yang lagu Rahim Maarof ini agak susah untuk dibawakan dan tidak menyangka akan dapat lagu Istana Menanti.

Bob - Lagu yang bakal dinyanyikan ialah Jangan Bersedih Lagi oleh Anuar Zain. Kelihatan Bob seperti suka mendapat lagu ini dan sedikit mengada - ngada pada pandangan saya.

Anding - Lagu dari kumpulan Sheila On 7, Melompat Lebih Tinggi.

Kaer - Kaer tidak pasti bagaimana lagu Ikhlas Tapi Jauh ini, tetapi pernah mendengarnya dan minat akan lagu ini. Dia akan cuba buat persembahan yang kreatif dan luar biasa.

Adam - Ini merupakan tugas yang berat bagi Adam. Dia tidak pernah menyanyikan lagu ini.

Kelas Fauziah Nawi
Di dalam kelas ini, pelajar diajar untuk mendalami maksud tersirat dari lirik lagu yang akan mereka nyanyikan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengar, faham dan kemudiannya menyebut semula lirik lagu tersebut. Pn Fauziah menyatakan bahawak setiap lirik lagu yang diberikan kepada semua pelahar adalah berkait rapat dengan tujuan mereka berada di AF.

Kelas Tarian
Korie menasihatkan para pelajar bahawa mereka perlu tanamkan minat kepada lagu, serta menari dari dalam (sepenuh hati). Mereka di minta untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk memberikan persembahan terbaik. Bagi Korie, dia tidak suka attitude orang terpaksa, dia mahukan pelajar belajar, feel and love the kareografi. Pelajar perlu membuang jauh - jauh fikiran tentang siapa yang akan dibuang, sebaliknya give the best, kerana kerja mereka perlu secara berkumpulan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home