2004-06-12

Konsert AF 2 [001]

Delay lebih kurang 15 minit.

Pengkritik :-
Rashid Sibir
Awie
Kudsia Kahar


Berikut adalah kedudukan undian SMS semasa konsert dilangsungkan :-

17% Linda
13% Adam
13% Kaer
09% Mas
08% Zarina
07% Anding
07% Zahid
06% Fitri
06% Nurul
05% Farah
05% Edlin
05% Bob

Berikut adalah persembahan pelajar :-
01. Farah - Seandainya Masih Ada Cinta [Dayang Nurfaizah]
Aznil bermain - main dengan Farah, ketika berdiri dan dengan gaya hendak duduk, tetapi tak jadi duduk, dan Farah dah pun melabuhkan pungguh di atas sofa bagun semula berdiri. Dua kali Aznil lakukan perkara tersebut. Aznil kemudiannya memuji kecantikan dan budi bahasa, tetapi bukan ditujukan kepada Farah, sebaliknya kepada diri Aznil sendiri. :) Persembahan yang mantap dari segi suara yang nyaring pada bahagian chorus.

Rashid Sibir - AF memang bagus
Awie - meminta supaya Farah cuba berdrama dan jangan terlalu bongkokkan badan
Kudsia - Ada gaya sendiri dan gembira kerana tak nak jadi clone bagi Dayang

02. Zahid - Percayakan Siti [Exist]
Zahid telah dihadiahkan T-Shirt berwarna Oren dan tertera nombor 10 serta ditulis namanya di belakang. Zahid menyatakan bahawa dia hanya akan memakai T-Shirt tersebut semasa hendak tidur, sebaliknya disuruh pakai juga bagi konsert tersebut oleh Aznil.

03. Zarina - Mencintaimu [Kris Dayanti]
Aznil berseloroh dengan Zarina yang mukanya seakan Raja Emma, dan apabila dikaitkan dengan Raja Emma, sudah semestinya juga akan dikaitkan dengan Yusni Jaafar. Memang jika kita amati, ia mirip kepada Raja Emma. Aznil memuji Zarina yang cantik serta cerita dan berseloroh lagi sekali tentang Zarina yang agak 'mejawap' ketika dinyatakan tentang kecantikannya.

Tayangan Klip - Zarina menangis ketika menghayati lirik lagu Mencintaimu. Aznil bertanyakan Zarina sekiranya ada apa-apa maksud tersirat di dalam lirik tersebut. Aznil sekali lagi mengusik Zarina dengan bertanyakan sekiranya dia boleh menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Rosma pada AF 1.

Komen Saya - Nyanyian saya beri 10/10. Suara amat bertenaga dan meremang bulu roma ketika mendenyar Zarina membawakan lagu tersebut. Ternyata beliau membawakan lagu ini dengan penuh 'feel'.

Persembahan yang amat mantap komen Rashid Sibir, kalau boleh bermain dengan body language mengikut lirik, lagi mantap. Aznil menambah 'jangan kaku sangat nanti jadi dambaan kaku'.

Pakaian tidak sesuai dengan lagu komen dari Awie.

04. Bob - Wajah Kesayangan Hamba [Hail Amir]
'salam mesra' - uweeekk... geli aarh...
Suara - macam Hail Amir. Sedap. Cuma perwatakan tak berapa best sebab ala-ala bapuk gitu. Dan meluat cek tengok :)

Gambar Linda Jasmine digunakan sebagai props
Rashid memberikan komen secara beralas bagi Bob menurunkan berat badan.
Awie menyatakan BOB adalah singkatan bagi Badan Orang Besar. Vokal terang dan bagus dan dia terkejut kerana Bob boleh menari

Kudshia - Mengatakan bahawa Bob menghayati lagu dengan baik sekali dan suaranya sungguh merdu. Dalam pada itu, Bob diminta menguruskan badan bagi mendapatkan stamina.

05. Edlin - Bintang Hati [Amy Mastura]
Kurang senyum, gerak geri kaku.

06. Fitri - Jerat [harvey Malaiholo]
Suara ok. Cuma lagu mungkin tak kena. Kalau dapat lagu Jamal Abdillah mungkin OK.

Jadi tak sedap lagu & rasa mengantuk giler... bile la nak abih lagu... tsk tsk tsk... macam slow sangat pulak lagunya...

Aznil - nampak bosan je tunggu lagu ni abeh, yang lain-lain pun sama juga ... macam bosan.

Awie menegaskan bahawa Harvey Malai Holo; semuanya adalah berkenaan vokal. Dan persembahan vokal Fitri agak kureng sikit.

07. Nurul - Sejakku Bertemu Padamu [Sanisah Huri]
Album Lama - Aznil bawakan rekod lama Sanisah Huri dan menunjukkan kepada semua.

Suara Nurul macam tak masuk dengan muzik... menyebabkan persembahan agak kurang menarik. Tetapi mendapat tepukan dan jeritan yang gemuruh dari penonton.

08. Anding - Jika Kau Bercinta Lagi [Alleycats]
Pitching kene jaga. His own version of song.. ok.

09. Mas - Permata Biru [Ella]
Tangan macam Michael Jackson, maybe nervous, hanya satu gaya dan menerima teguran dr Aznil

Mungkin juga Mas takut - takut mungkin disebabkan konsert pertama serta hilang confident sebab kene tayang video yang menunjukkan dia jatuh.

10. Adam - Jangan Lafazkan [KRU]
Masuk nyanyi agak slow, jadi kureng sket... di pertengahan lagu baru agak rancak + got his own style of singing. But, ada juga part-part yang seakan meniru KRU

11. Linda - Tak Tahan Lagi [Melly Goeslow]
Persembahan Ok. boleh popular anytime - kata Awie. Terlalu pandang ke atas serta nampak keliru.

12. Kaer - Januari [Glenn]
Menyanyi dengan caranya tersendiri dan agak menarik. Suaranya power tetapi kurang berinteraksi dengan penonton. Pergerakan agak terhad sedangkan pentas sangat besar.

Penutup
Pelajar-pelajar AF 1, diundang bagi memberikan semangat kepada semua pelajar AF 2. Rosma, Vince dan Burn tidak dapat hadir kerana ada tugasan lain. Mereka yang hadir ialah Azah, Adi, Atie, Azizi, Sahri, Nana, Khai, Nija dan Liza

Ketika Sahri memberikan kata-kata semangat, Bob di zoom. mungkin membuat perbandingan barangkali.

Khai pula di zoom pula dengan Zarina.

Konsert berakhir agak lewat, kira - kira jam 11:30 berikutan delay selama 15 minit pada permulaan konsert.

Komen Saya
Pada pandangan saya, keseluruhan Konsert AF2 [001] ini amat bagus. Lebih bertenaga dari Konsert AF 1.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home