2004-06-15

Diari Akademi Fantasia 2004 [014]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Kelas Vokal Siti Hajar
Ketika sesi latihan pernafasan dijalankan, saya perhatikan Adam lain daripada yang lain. Ketika pelajari lain memandang ke hadapan, ke arah cikgu Siti, dia pula memandang membelakangi pelahar lain. Iaitu ke arah cermin belakang.

Ketika latihan bubbling, Zarina tidak lakukannya bersungguh - sungguh; ala - ala control gitu la. Adam pula sakit bibir, so tak boleh nak buat latihan. Fitri pula macam tak cukup tengaha. Dah minggu ke dua, masih bermasalah ke?.

Ketika sesi lathian nyanyian, suara Fitri agak tenggelam.

Mas mengurut kaki Zarina ngan diperhatikan Linda yang sedang menyanyi - nyanyi sendirian. Farah datang dan meminta Mas mengurut kakinya juga. Komen Mas pada betis Farah; macam betis lelaki. Secara berseloroh, Mas mengatakan dia akan charge urut RM 15 bagi satu minit.

Kelas tarian Linda Jasmine
Stretching, sit ups, pumping. Pelajar lelaki kelihatan macam lembik tak bertenaga aje.

Cikgu Linda tidak berpuas hati dengan tarian pelajar - pelajar dan meminta mereka membuat tarian "out - out - in - in" secara solo dan berbeza di antara satu sama lain. Zahid masih lagi secara bersahaja dan main - main ketika membuat latihan. Linda pandai membuat latihan tersebut dan mendapat pujian dari cikgu Linda. Ketika Zarina membuat latihan tersebut, dia di ganggu pelajar - pelajar lain dan hampir patah semangat. Tetapi dipaksa cikgu Linda untuk meneruskan latihan.

Dalam banyak - banyak pelajar perempuan, kelihatan Zarina yang agak bersahaja dari segi berpakaian. Saya berkata demikian kerana dia memakai seluar track yang menampakkan tundunnya. Saya lihat pelajar lain, sekurang - kurangnya menggunakan jacket / baju yang diikat di pinggang bagi menutupi punggung dan bahagian depan badan mereka. Bukan tak boleh berpakaian begitu, hanya nampak agak tidak sesuai, dengan perawakan dia. Itu saja. Yang lainnya Zarina merupakan antara pelajar yang saya jangkakan dapat mengekalkan kedudukan di antara Top-5.

Di penutup rancangan, ditayangkan klip ketika Cikgu Siti meminta Mas membuat latihan dengan menyanyikan lagu 'Enjit - enjit semut' dengan nada yang berbeza - beza.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home