2004-06-16

Diari Akademi Fantasia 2004 [016]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Nurul dan Zahid diminta untuk dapatkan 12 botol air mineral dan Bob diminta menulis nama pelajar pada setiap botol.

Berikut adalah peraturan dari en. Julian bagi mendisiplinkan pelajar :-
Sebelum makan, pelajar kena ikut diet yang betul bagi mereka yang perlu turunkan berat badan.
Botol air mineral akan diletakkan di atas meja makan pada setiap masa. Sekiranya bersepah, pelajar akan didenda mengikut budi bicara en Julian.
Pelajar yang membazir air minuman mineral akan didenda minum air paip sahaja.

Kelas vokal pn Siti Hajar
Ketika Mas buat latihan, suara bersama cikgu Siti Hajar, Edlin dilihat ketawa; apabila ditanya, dia kata tiada apa - apa yang berlaku. Itu hanya gerak hatinya yang terasa nak ketawa.
Apa yang saya rasakan, Edlin, Zahid dan Adam seperti tidak menghormati mereka lain yang sedang berlatih.


Suara Bob kali ni kelesss. Ada perubahan yang ketara berbanding sebelumnya.

Nurul pula tidak dapat menyampaikan nada tinggi lagu yang dinyanyikannya. Mengikut cikgu Siti Hajar, dia tidak cukup tenaga untuk menyampaikan nada tinggi tersebut.

Zahid bermasalah sedikit ketika menyanyikan lagu Istana Menanti; ketika sebutan Istana Menanti.

Kelas vokal Siti Hajar adalah bagi mengajar pelajar mengeluarkan suara mereka dengan betul.
Kelas vokal Cikgu Adnan pula adalah bagi menjaga lenggok suara ketika menyanyikan sesuatu lagu.


2 kesalahan yang dilakukan oleh pelajar - pelajar telah dikesan, iaitu :-
Linda dan Zarina menulis sesuatu di atas kertas, Ala - ala macam Burn dan Nana dahulu. It was then caught right handed by Julian.

Edlin dan Zahid pula ditangkap kerana bercakap dengan menggunakan bahasa isyarat.

Sebagai hukuman, mereka diminta untuk memberitahu apakah kesalahan mereka dihadapan kamera dengan didengari oleh semua pelajar yang lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home