2004-06-17

Diari Akademi Fantasia 2004 [018]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Edlin berinteraksi dengan Johnny, bertanyakan samada sudah makan atau belum. Dia kemudiannya memberitahu Johnny yang dia gembira pada hari ini berbanding hari sebelumnya. Edlin juga meminta maaf kerana menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.

Kelas Vokal Pn Siti Hajar
Cikgu Siti mengajar Mas bagaimana caranya menyanyikan lagu Ruth Sahanaya. Dia berdialog mengikut lirik secara bersahaja dengan Mas.

Adam pula masih tidak yakin semasa menyanyi. Dia seperti masih tidak mendapat 'feel' dan macam blur.

Berbagai gaya dapat disaksikan apabila pelajar - pelajar melakukan latihan sendiri.

Kaer pula banyak mengubah melodi lagu Ikhlas Tapi Jauh ketika membuat latihan.

Mas mengalami kekejangan otot ketika membuat warm-up.

Rancangan diakhiri dengan klip Edlin membuat latihan lagu Cant Fight The Moonlight.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home