2004-06-19

Konsert AF 2 [002]

Pengkritik :-
Datuk Yusoff Haslam
Farhin
Kudsia


Pada pandangan saya, konsert pada kali ini begitu berjaya sekali. Mungkin kerana para pelajar telah mengikuti bagaimana AF musim pertama dilakukan. Dan mereka lebih bersedia jika dibandingkan dengan pelajar pada musim sebelumnya.

Seperti konsert - konsert di musim yang lepas, elemen kezutan seperti kata Aznil masih dikekalkan. Antara kezutan pada kali ini ialah :-
* Keluarga Mas yang dibawa dari Sabah; dan menyerlahkan statusnya yang sebenar sebagai ibu tunggal.
* SMS yang diterima Aznil bagi Linda, agar dia tidak susah hati memikirkan mengenai bapanya yang akan menjalani pembedahan jantung.
* Tiada pelajar yang disingkirkan pada konsert kali ini, mereka hanya akan disingkir mulai konsert yang ke tiga.

Elemen kezutan apabila Mas dibawakan keluarganya begitu touching sekali sehingga saya juga turut menitiskan air mata.

Konsert diakhiri dengan kedatangan sekali lagi Vince dan Khai bagi menyampaikan dua ahli baru AF, iaitu Dollah dan Syarifah, dua ekor ikan emas kepada Farah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home