2004-06-18

Diari Akademi Fantasia 2004 [019]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Mas memberikan tips kepada Fitri bagaimana menyanyikan lagu rock. Mas ketawa terkekek - kekek mendengarkan Fitri menyanyi lagu Kasih Latifah.

Adam masih menyanyikan lagu Kerana Dia mengikut gayanya sendiri; yang saya rasakan tidak begitu sedap.

Linda diminta menjaga tempo ketika menyanyi. Penghayatannya agak kurang, lalu pn Fatimah meminta Fitri membantu Linda ketika dia menyanyi.

Linda dan Edlin berbincang mengenai diri masing - masing. Linda menyatakan yang dia ni jenis 'homie' person, dan bercadang untuk ke KL sebelum masuk ke AF. Dari perbualan mereka, dapat dirasakan bahawa dia berasa sedih / rindu kerana berpisah dengan keluarga; tetapi dia dapat mengawalnya.

Di akhir rancangan, pelajar lelaki bertanyakan soalan peribadi kepada cikgu Linda :-
Status perkahwinan : berkahwin
Umur : 32
Ada anak : ya, umur 4 tahun dan amat lasak.

Apabila diberitahu, anak cikgu Linda lasak, mereka mengatakan, "tengoklah emaknya macam mana", bak kata pepatah "Bapak borek anak rintik"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home