2004-05-29

Akademi Fantasia Kembali...

Salam sejahtera...

Demam Akademi Fantasia [AF] musim kedua bermula dengan Tirai Akademi Fantasia 2 [AF-2]. Rancangan ini di hostkan oleh siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan Aznil yang kepoh gitu...

Agak ralat jugak kerana rancangan Audition yang dihoskan oleh Kak Engku [Raja Azura] berlangsung pada waktu yang sama.

Ke dua-dua rancangan ini mempunyai format dan peminat yang tersendiri. Di mana Audition lebih mengetengahkan kepada persembahan tarian, drama dan nyanyian.

Berbalik kepada rancangan AF, kebanyakan peserta adalah berasal dari Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Mungkin disebabkan pada musim yang pertama, peserta AF lebih tertumpu dari mereka yang datangnya dari Semenanjung; maka kali ini, peserta dari Malaysia Timur diberi keutamaan.

Sekiranya itu yang dikehendaki, adalah lebih baik bagi Astro menjadikan ia sebagai AF Timur dengan pesertanya adalah terdiri dari mereka dari Sabah dan Sarawak. Barulah nampak adil dan saksama.

Tirai AF-2 dimulakan dengan rakaman mereka yang datang bagi sesi ujibakat. Dari tayangan rakaman sesi ujibakat yang diadakan, dapat dilihat mereka yang datang ada yang macam tidak bersedia... Ada yang datang dengan hanya berselipar; ada pula yang datang macam untuk menghadiri pertunjukan fesyen... macam-macam kerenah dapat disaksikan...

Seterusnya, dalam Tirai AF-2, ditayangkan bagaimana setiap peserta diberitahu bahawa mereka telah berjaya menjadi peserta AF-2 ini.