2004-06-19

Konsert AF 2 [002]

Pengkritik :-
Datuk Yusoff Haslam
Farhin
Kudsia


Pada pandangan saya, konsert pada kali ini begitu berjaya sekali. Mungkin kerana para pelajar telah mengikuti bagaimana AF musim pertama dilakukan. Dan mereka lebih bersedia jika dibandingkan dengan pelajar pada musim sebelumnya.

Seperti konsert - konsert di musim yang lepas, elemen kezutan seperti kata Aznil masih dikekalkan. Antara kezutan pada kali ini ialah :-
* Keluarga Mas yang dibawa dari Sabah; dan menyerlahkan statusnya yang sebenar sebagai ibu tunggal.
* SMS yang diterima Aznil bagi Linda, agar dia tidak susah hati memikirkan mengenai bapanya yang akan menjalani pembedahan jantung.
* Tiada pelajar yang disingkirkan pada konsert kali ini, mereka hanya akan disingkir mulai konsert yang ke tiga.

Elemen kezutan apabila Mas dibawakan keluarganya begitu touching sekali sehingga saya juga turut menitiskan air mata.

Konsert diakhiri dengan kedatangan sekali lagi Vince dan Khai bagi menyampaikan dua ahli baru AF, iaitu Dollah dan Syarifah, dua ekor ikan emas kepada Farah.

2004-06-18

Diari Akademi Fantasia 2004 [020]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Laporan terakhir dimulakan dengan Sesi Motivasi.
Pelajar diminta untuk menggigit chopstick yang mana diumpamakan bagaimana para pelajar akan senyum ketika konsert nanti.

Sesi Berjumpa Pengetua
Fitri mewakili semua pelajar memberikan laporan bagi minggu ini bagi semua kelas.

Mas pula mewakili pelajar perempuan, ditanya beberapa perkara. Antaranya ialah samada pelajar - pelajar perempuan menyukai atau tidak lagu yang diberikan. Jawapan yang diperolehi dari Mas, ialah ada, tetapi dia teragak - agak nak beritahu siapa pelajar tersebut. Pengetua meminta Mas nyatakan siapa, tetapi macam Mas macam takut - takut untuk beritahu siapa.


Latihan Sebelum Rehearsal
Fitri, Farah dan Edlin masih mengawal suara ketika nyanyian yang mana guru / pengetua meminta mereka lepaskan suara mereka lebih kuat.

Kaer pula diminta menjaga pernafasan.

Anding seperti tidak yakin dan pitching yang agak lari. Dia juga diminta agar 'relax'.

Adam yang masih agak gugup, diminta agar jangan terlalu mengubah nada lagu dengan membuat / menyebut perkataan ala - ala Arab.

Zahid pula masih seperti tidak yakin ketika melakukan persembahan.

Bob diminta mengubah sedikit gaya penyampaiannya agar tidak menyerupai penyanyi asal.

Diari Akademi Fantasia 2004 [019]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Mas memberikan tips kepada Fitri bagaimana menyanyikan lagu rock. Mas ketawa terkekek - kekek mendengarkan Fitri menyanyi lagu Kasih Latifah.

Adam masih menyanyikan lagu Kerana Dia mengikut gayanya sendiri; yang saya rasakan tidak begitu sedap.

Linda diminta menjaga tempo ketika menyanyi. Penghayatannya agak kurang, lalu pn Fatimah meminta Fitri membantu Linda ketika dia menyanyi.

Linda dan Edlin berbincang mengenai diri masing - masing. Linda menyatakan yang dia ni jenis 'homie' person, dan bercadang untuk ke KL sebelum masuk ke AF. Dari perbualan mereka, dapat dirasakan bahawa dia berasa sedih / rindu kerana berpisah dengan keluarga; tetapi dia dapat mengawalnya.

Di akhir rancangan, pelajar lelaki bertanyakan soalan peribadi kepada cikgu Linda :-
Status perkahwinan : berkahwin
Umur : 32
Ada anak : ya, umur 4 tahun dan amat lasak.

Apabila diberitahu, anak cikgu Linda lasak, mereka mengatakan, "tengoklah emaknya macam mana", bak kata pepatah "Bapak borek anak rintik"

2004-06-17

Diari Akademi Fantasia 2004 [018]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Edlin berinteraksi dengan Johnny, bertanyakan samada sudah makan atau belum. Dia kemudiannya memberitahu Johnny yang dia gembira pada hari ini berbanding hari sebelumnya. Edlin juga meminta maaf kerana menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.

Kelas Vokal Pn Siti Hajar
Cikgu Siti mengajar Mas bagaimana caranya menyanyikan lagu Ruth Sahanaya. Dia berdialog mengikut lirik secara bersahaja dengan Mas.

Adam pula masih tidak yakin semasa menyanyi. Dia seperti masih tidak mendapat 'feel' dan macam blur.

Berbagai gaya dapat disaksikan apabila pelajar - pelajar melakukan latihan sendiri.

Kaer pula banyak mengubah melodi lagu Ikhlas Tapi Jauh ketika membuat latihan.

Mas mengalami kekejangan otot ketika membuat warm-up.

Rancangan diakhiri dengan klip Edlin membuat latihan lagu Cant Fight The Moonlight.

Diari Akademi Fantasia 2004 [017]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Kelas Pn Fauziah
Objektif - satu ayat boleh disampaikan dengan beberapa cara dan emosi.
Kali ini para pelajar diberikan satu ayat dan dikehendaki untuk menyampaikannya dalam 5 emosi yang berlainan. Semua pelajar melakukan latihan tersebut, tetapi ada komen untuk Bob; dia terlalu berlakon. Walaupun nadanya berlainan, tetapi mimik wajah dia tidak berubah.

Latihan Sendiri
Farah seakan meniru gaya Linda Jasmine ketika berlatih tarian. Anding masuk ke kawasan studio tempat pelajar melakukan latihan tersebut dan berkata mati - mati dia ingatkan cikgu Linda yang sedang mengajar.

Pelajar - pelajar membuat latihan catwalk ketika masa lapang. Ia di ketuai oleh Fitri

Susulan selepas dimarahi kerana bercakap / berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, Anding dan Edlin berbincang mengenainya. Anding menyarankan agar mereka lupakan apa yang telah berlaku. Dia tak marah pun dengan apa yang berlaku,

Ada berlaku insiden kejar - mengejar antara Linda dan Farah di Akademi.

Bob dan Anding membuat latihan tarian lagu 'Kerna Dia' yang akan dinyanyikan Adam di kelas cikgu Linda Jasmine. Tarian Adam mendapat teguran dari Cikgu Linda kerana seperti tidak bertenaga.

Penghujung rancangan, ditayangkan klip Zarina berlatih lagu Awalah Dondang. Dari nada nyanyiannya, dia seperti tak bertenaga.

Overall apa yang dapat disaksikan pada hari ini, para pelajar bersatu di dalam kumpulan ketika melakukan aktiviti sendiri di masa lapang.

2004-06-16

Diari Akademi Fantasia 2004 [016]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Nurul dan Zahid diminta untuk dapatkan 12 botol air mineral dan Bob diminta menulis nama pelajar pada setiap botol.

Berikut adalah peraturan dari en. Julian bagi mendisiplinkan pelajar :-
Sebelum makan, pelajar kena ikut diet yang betul bagi mereka yang perlu turunkan berat badan.
Botol air mineral akan diletakkan di atas meja makan pada setiap masa. Sekiranya bersepah, pelajar akan didenda mengikut budi bicara en Julian.
Pelajar yang membazir air minuman mineral akan didenda minum air paip sahaja.

Kelas vokal pn Siti Hajar
Ketika Mas buat latihan, suara bersama cikgu Siti Hajar, Edlin dilihat ketawa; apabila ditanya, dia kata tiada apa - apa yang berlaku. Itu hanya gerak hatinya yang terasa nak ketawa.
Apa yang saya rasakan, Edlin, Zahid dan Adam seperti tidak menghormati mereka lain yang sedang berlatih.


Suara Bob kali ni kelesss. Ada perubahan yang ketara berbanding sebelumnya.

Nurul pula tidak dapat menyampaikan nada tinggi lagu yang dinyanyikannya. Mengikut cikgu Siti Hajar, dia tidak cukup tenaga untuk menyampaikan nada tinggi tersebut.

Zahid bermasalah sedikit ketika menyanyikan lagu Istana Menanti; ketika sebutan Istana Menanti.

Kelas vokal Siti Hajar adalah bagi mengajar pelajar mengeluarkan suara mereka dengan betul.
Kelas vokal Cikgu Adnan pula adalah bagi menjaga lenggok suara ketika menyanyikan sesuatu lagu.


2 kesalahan yang dilakukan oleh pelajar - pelajar telah dikesan, iaitu :-
Linda dan Zarina menulis sesuatu di atas kertas, Ala - ala macam Burn dan Nana dahulu. It was then caught right handed by Julian.

Edlin dan Zahid pula ditangkap kerana bercakap dengan menggunakan bahasa isyarat.

Sebagai hukuman, mereka diminta untuk memberitahu apakah kesalahan mereka dihadapan kamera dengan didengari oleh semua pelajar yang lain.

Diari Akademi Fantasia 2004 [015]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Kelas Vokal - Cikgu Adnan
Suara Fitri masih belum cukup mantap bagi menyampaikan lagu Kasih Latifah. Cikgu Adnan berpendapat, suara Fitri ketika menyampaikan lagu tersebut datang dari dalam perut; terlalu banyak bass, tetapi bagi lagu tersebut dia perlukan suara yang datang dari tekak/chess [mid tone].

Farah agak menjerit sikit, dan Cikgu Adnan merasakan key bagi lagu tersebut terlalu tinggi. cikgu adnan akan cuba buat rough muzik yang diturunkan sikit bitnya.

Zahid seperti tidak dapat menyampaikan nada tinggi bagi lagu Istana Menanti.


Kelas Fauziah Nawi
Pelajar diberikan teks untuk difahami serta membuat huraian.

Antara ulasan pelajar - pelajar :-
Anding - manusia tak pernah puas dengan apa yang dia dapat
Nurul - manusia perlu di ajar

Apa yang dapat diringkaskan ialah, manusia selalu melawan fitrah alam yang menyebabkan mereka akhirnya kucar kacir. Mereka perlukan peraturan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

Pelajar diminta untuk menyampaikan teks tersebut dengan watak mereka tersendiri, antaranya :-
Zahid - ketam yang tidak yakin
Farah - tidak memahami apa yang dicakap
Bob - emosi yang memberikan teguran / tegas

Teks tersebut adalah hasil nukilan Dr Usman Awang, Sasterawan Negara.

Bagi menghilangkan perasaan bosan semasa menunggu kelas seterusnya, Anding dan Mas berlawan tangan.

Seterusnya pelajar dikenalkan dengan perkataan bahasa inggeris berikut :-

The big brown fox jumps over the lazy dog.
Yellow lorry, red lorry.

2004-06-15

Diari Akademi Fantasia 2004 [014]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Kelas Vokal Siti Hajar
Ketika sesi latihan pernafasan dijalankan, saya perhatikan Adam lain daripada yang lain. Ketika pelajari lain memandang ke hadapan, ke arah cikgu Siti, dia pula memandang membelakangi pelahar lain. Iaitu ke arah cermin belakang.

Ketika latihan bubbling, Zarina tidak lakukannya bersungguh - sungguh; ala - ala control gitu la. Adam pula sakit bibir, so tak boleh nak buat latihan. Fitri pula macam tak cukup tengaha. Dah minggu ke dua, masih bermasalah ke?.

Ketika sesi lathian nyanyian, suara Fitri agak tenggelam.

Mas mengurut kaki Zarina ngan diperhatikan Linda yang sedang menyanyi - nyanyi sendirian. Farah datang dan meminta Mas mengurut kakinya juga. Komen Mas pada betis Farah; macam betis lelaki. Secara berseloroh, Mas mengatakan dia akan charge urut RM 15 bagi satu minit.

Kelas tarian Linda Jasmine
Stretching, sit ups, pumping. Pelajar lelaki kelihatan macam lembik tak bertenaga aje.

Cikgu Linda tidak berpuas hati dengan tarian pelajar - pelajar dan meminta mereka membuat tarian "out - out - in - in" secara solo dan berbeza di antara satu sama lain. Zahid masih lagi secara bersahaja dan main - main ketika membuat latihan. Linda pandai membuat latihan tersebut dan mendapat pujian dari cikgu Linda. Ketika Zarina membuat latihan tersebut, dia di ganggu pelajar - pelajar lain dan hampir patah semangat. Tetapi dipaksa cikgu Linda untuk meneruskan latihan.

Dalam banyak - banyak pelajar perempuan, kelihatan Zarina yang agak bersahaja dari segi berpakaian. Saya berkata demikian kerana dia memakai seluar track yang menampakkan tundunnya. Saya lihat pelajar lain, sekurang - kurangnya menggunakan jacket / baju yang diikat di pinggang bagi menutupi punggung dan bahagian depan badan mereka. Bukan tak boleh berpakaian begitu, hanya nampak agak tidak sesuai, dengan perawakan dia. Itu saja. Yang lainnya Zarina merupakan antara pelajar yang saya jangkakan dapat mengekalkan kedudukan di antara Top-5.

Di penutup rancangan, ditayangkan klip ketika Cikgu Siti meminta Mas membuat latihan dengan menyanyikan lagu 'Enjit - enjit semut' dengan nada yang berbeza - beza.

Diari Akademi Fantasia 2004 [013]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])


Kelas vokal Siti Hajar
Cikgu Siti menasihatkan pada semua pelajar supaya jangan cepat sangat emosional, malah sepatutnya bersedia untuk memperbaiki kelemahan mereka. Seterusnya Cikgu Siti mengajar teknik pernafasan kepada semua pelajar. Semasa mengadakan praktikal, Bob dan Anding bercakap menggunakan loghat Sarawak. Cikgu Siti kemudiannya mengajar Mas dan Anding membuat hissing sambil berbaring. Untuk mendapatkan teknik serta keputusan yang memuaskan, Cikgu Siti meminta pelajar agar rajin membuat latihan hissing dan bubling, menggunakan nada suara rendah, sederhana serta tinggi.

Berikut adalah komen dari pelajar mengenai lagu bagi konsert ke 2 yang diberikan kepada mereka :-

Mas - Gembira dapat lagu kaulah segalanya. Lagu ini agak tinggi nadanya dan akan menguji kemampuan Mas

Edlin - Kali ini, Edlin diberikan lagu berbahasa Inggeris. Dia suka pada lagu ini, dan dalam pada masa yang sama merasakan agak susah baginya menghafal lirik lagu Inggeris. Pada pandangan saya, ini akan menguji Edlin sebaik mana dia dapat menyebut perkataan - perkataan Inggeris dengan fasih dan lancar.

Nurul - Nurul diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu Ke Hujung Dunia dari Sarah Raisudin. Baginya, dia suka lagu tersebut, tetapi tidak pernah menyanyikannya sebelum ini. Saya ada CD Siti Sarah, tapi jarang dengar, jadinya tak ingat bagaimana lagu ini.

Linda - Linda pula masih belum mendengar lagu ini secara teliti, tetapi menjanjikan suatu kelainan dari Misha Omar.

Zarina - Kali ini Zarina diberi tugasan untuk menyampaikan lagu Etnik Kreatif yang dinyanyikan oleh Noraniza Idris. Zarina berkata bahawa dia akan cuba untuk mengatasi masalah menghafal lirik serta steps tarian bagi lagu ini. Dia menjanjikan akan membuat yang terbaik.

Farah - Bagi Farah, dia suka lagu ni, dan pernah mendengar sebelum ini tetapi dia ingat - ingat lupa liriknya.

Fitri - Ini adalah kali pertama dia akan menyanyikan lagu rock. Fitri agak tidak suka pada lagu ini.

Zahid - Dengan bersahaja dan agak macam belagak sikit, dia menyatakan yang lagu Rahim Maarof ini agak susah untuk dibawakan dan tidak menyangka akan dapat lagu Istana Menanti.

Bob - Lagu yang bakal dinyanyikan ialah Jangan Bersedih Lagi oleh Anuar Zain. Kelihatan Bob seperti suka mendapat lagu ini dan sedikit mengada - ngada pada pandangan saya.

Anding - Lagu dari kumpulan Sheila On 7, Melompat Lebih Tinggi.

Kaer - Kaer tidak pasti bagaimana lagu Ikhlas Tapi Jauh ini, tetapi pernah mendengarnya dan minat akan lagu ini. Dia akan cuba buat persembahan yang kreatif dan luar biasa.

Adam - Ini merupakan tugas yang berat bagi Adam. Dia tidak pernah menyanyikan lagu ini.

Kelas Fauziah Nawi
Di dalam kelas ini, pelajar diajar untuk mendalami maksud tersirat dari lirik lagu yang akan mereka nyanyikan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengar, faham dan kemudiannya menyebut semula lirik lagu tersebut. Pn Fauziah menyatakan bahawak setiap lirik lagu yang diberikan kepada semua pelahar adalah berkait rapat dengan tujuan mereka berada di AF.

Kelas Tarian
Korie menasihatkan para pelajar bahawa mereka perlu tanamkan minat kepada lagu, serta menari dari dalam (sepenuh hati). Mereka di minta untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk memberikan persembahan terbaik. Bagi Korie, dia tidak suka attitude orang terpaksa, dia mahukan pelajar belajar, feel and love the kareografi. Pelajar perlu membuang jauh - jauh fikiran tentang siapa yang akan dibuang, sebaliknya give the best, kerana kerja mereka perlu secara berkumpulan.

2004-06-14

Diari Akademi Fantasia 2004 [012]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Imbasan Konsert
Sesi pelajar bersama dengan guru-guru serta pengetua bagi mengimbas kembali konsert yang telah mereka jalankan pada hari Sabtu yang lalu.

Farah - Komen dari pengetua, Farah banyak menyimpan simpan persembahan masa rehearsal; dan hanya menunjukkannya ketika konsert. Ini adalah suatu kreativiti yang baik.

Zahid - Komen dari Fauziah Nawi, Zahid banyak melakukan pergerakan / perwatakan secara spontan yang mana dia terlalu membiarkan ia berlaku sehingga banyak gerak - geri yang jadi kelam kabut.

Zarina - Vokal mantap
Bob - Pengetua mengingatkan Bob tentang menghafal steps/lirik
Edlin - Komen dari Fauziah Nawi, Edlin terlalu kontrol untuk jadi baik, dia ada aset yang boleh digunakan bagi menggoda penonton; ie kena ala - ala gatal gitu
Fitri - Pengetua mengingatkan Fitri mengenai pitchingnya yang lari
Nurul - Facial expression tidak cukup, menjadikan karektor Nurul tidak cukup lengkap
Anding - Perlu mengawal emosi agar tidak terlalu ghairah ketika membuat persembahan
Mas - Cikgu Adnan menyatakan bahawa beliau amat bangga dengan Mas kerana memberikan satu persembahan yang menaikkan semangat
Adam - Cikgu Siti Hajar memberikan teguran kepada Adam yang tak bukak mulut ketika membuat persembahan
Linda - pn Fauziah Nawi mengucapkan syabas kepada Linda kerana persembahan yang energetic. Dia dapat menggunakan tenaga pelajar - pelajar lain bagi membuat persembahannya.
Kaer - Lagi mengenai tempo yang tidak kena dengan lagu

Tugasan ke 2

Bob - Jangan Bersedih Lagi - Anuar Zain
Kaer - Ikhlas Tapi Jauh - Zainal Abidin
Fitri - Kasih Latifah - Spider
Adam - Kerana Dia - Yasin
Zahid - Istana Menanti - Rahim Maarof
Anding - Melompat Lebih Jauh- Sheila On 7
Mas - Mungkin Hanya Tuhan (Kaulah Segalanya) - Ruth Sahanaya
Zarina - Awala Dondang - Noraniza Idris
Edlin - Cant Fight The Moonlight - LeAnne Rimes
Linda - Semoga Abadi - Misha Omar
Nurul - Ke Hujung Dunia - Sarah Raisudin
Farah - Tua Mengejar Kita - Fauziah Latiff

2 kamera interaktif diberi nama Johnny dan Jenny.