2004-06-01

Memori Akademi Fantasia 2003 [02]

Malam ini, Memori AF 2003 membawakan kepada kita, bagaimana Burn dan Nana berbincang mengenai cara bagi menunjukkan yang dia juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Kedudukan Burn pada tangga ke-10 pada minggu tersebut 'memaksa' beliau mencari satu idea bagi menaikkan semula kedudukannya ke tangga yang lebih selamat.

Pada sesi pertemuan antara penasihat pelajar (Baha) dan juga pengetua (Freddie Fernandez), Burn dicadangkan untuk 'menggunakan' Nana bagi tujuan tersebut. Di sini, Burn dan Nana berbincang bagaimana cara untuk mereka menjayakannya tanpa menimbulkan syak di kalangan pelajar lain.

Setidak-tidaknya Memori AF kali ini menjadi jawapan bagi semua persoalan tentang hubungan Nana & Burn yang menunjukkan memang mereka memang ada apa-apa, dan cadangan Cik Baha hanya untuk cover line aje

Lagu Hanya Memuji menutup tirai Memori AF 2003 pada malam ini.

2004-05-31

Memori Akademi Fantasia 2003 [01]

Episod pertama ditayangkan pada 31 Mei 2004. Rakaman yang ditayangkan adalah terdiri dari klip video yang mungkin tidak pernah kita tonton sebelum ini.

Tiada dialog atau komen dari hos rancangan. Hanya tayangan video klip selama 30 minit.

Ada antara beberapa klip video yang mencuit hati saya ketika menontonnya. Klip video yang ditayangkan pada pendapat saya, adalah di antara 3 minggu terawal rancangan AF. Ini kerana, dapat dilihat dalam klip-klip tersebut, hanya Adi dan juga Azza yang tiada bersama pelajar-pelajar lain.