2004-06-12

Konsert AF 2 [001]

Delay lebih kurang 15 minit.

Pengkritik :-
Rashid Sibir
Awie
Kudsia Kahar


Berikut adalah kedudukan undian SMS semasa konsert dilangsungkan :-

17% Linda
13% Adam
13% Kaer
09% Mas
08% Zarina
07% Anding
07% Zahid
06% Fitri
06% Nurul
05% Farah
05% Edlin
05% Bob

Berikut adalah persembahan pelajar :-
01. Farah - Seandainya Masih Ada Cinta [Dayang Nurfaizah]
Aznil bermain - main dengan Farah, ketika berdiri dan dengan gaya hendak duduk, tetapi tak jadi duduk, dan Farah dah pun melabuhkan pungguh di atas sofa bagun semula berdiri. Dua kali Aznil lakukan perkara tersebut. Aznil kemudiannya memuji kecantikan dan budi bahasa, tetapi bukan ditujukan kepada Farah, sebaliknya kepada diri Aznil sendiri. :) Persembahan yang mantap dari segi suara yang nyaring pada bahagian chorus.

Rashid Sibir - AF memang bagus
Awie - meminta supaya Farah cuba berdrama dan jangan terlalu bongkokkan badan
Kudsia - Ada gaya sendiri dan gembira kerana tak nak jadi clone bagi Dayang

02. Zahid - Percayakan Siti [Exist]
Zahid telah dihadiahkan T-Shirt berwarna Oren dan tertera nombor 10 serta ditulis namanya di belakang. Zahid menyatakan bahawa dia hanya akan memakai T-Shirt tersebut semasa hendak tidur, sebaliknya disuruh pakai juga bagi konsert tersebut oleh Aznil.

03. Zarina - Mencintaimu [Kris Dayanti]
Aznil berseloroh dengan Zarina yang mukanya seakan Raja Emma, dan apabila dikaitkan dengan Raja Emma, sudah semestinya juga akan dikaitkan dengan Yusni Jaafar. Memang jika kita amati, ia mirip kepada Raja Emma. Aznil memuji Zarina yang cantik serta cerita dan berseloroh lagi sekali tentang Zarina yang agak 'mejawap' ketika dinyatakan tentang kecantikannya.

Tayangan Klip - Zarina menangis ketika menghayati lirik lagu Mencintaimu. Aznil bertanyakan Zarina sekiranya ada apa-apa maksud tersirat di dalam lirik tersebut. Aznil sekali lagi mengusik Zarina dengan bertanyakan sekiranya dia boleh menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Rosma pada AF 1.

Komen Saya - Nyanyian saya beri 10/10. Suara amat bertenaga dan meremang bulu roma ketika mendenyar Zarina membawakan lagu tersebut. Ternyata beliau membawakan lagu ini dengan penuh 'feel'.

Persembahan yang amat mantap komen Rashid Sibir, kalau boleh bermain dengan body language mengikut lirik, lagi mantap. Aznil menambah 'jangan kaku sangat nanti jadi dambaan kaku'.

Pakaian tidak sesuai dengan lagu komen dari Awie.

04. Bob - Wajah Kesayangan Hamba [Hail Amir]
'salam mesra' - uweeekk... geli aarh...
Suara - macam Hail Amir. Sedap. Cuma perwatakan tak berapa best sebab ala-ala bapuk gitu. Dan meluat cek tengok :)

Gambar Linda Jasmine digunakan sebagai props
Rashid memberikan komen secara beralas bagi Bob menurunkan berat badan.
Awie menyatakan BOB adalah singkatan bagi Badan Orang Besar. Vokal terang dan bagus dan dia terkejut kerana Bob boleh menari

Kudshia - Mengatakan bahawa Bob menghayati lagu dengan baik sekali dan suaranya sungguh merdu. Dalam pada itu, Bob diminta menguruskan badan bagi mendapatkan stamina.

05. Edlin - Bintang Hati [Amy Mastura]
Kurang senyum, gerak geri kaku.

06. Fitri - Jerat [harvey Malaiholo]
Suara ok. Cuma lagu mungkin tak kena. Kalau dapat lagu Jamal Abdillah mungkin OK.

Jadi tak sedap lagu & rasa mengantuk giler... bile la nak abih lagu... tsk tsk tsk... macam slow sangat pulak lagunya...

Aznil - nampak bosan je tunggu lagu ni abeh, yang lain-lain pun sama juga ... macam bosan.

Awie menegaskan bahawa Harvey Malai Holo; semuanya adalah berkenaan vokal. Dan persembahan vokal Fitri agak kureng sikit.

07. Nurul - Sejakku Bertemu Padamu [Sanisah Huri]
Album Lama - Aznil bawakan rekod lama Sanisah Huri dan menunjukkan kepada semua.

Suara Nurul macam tak masuk dengan muzik... menyebabkan persembahan agak kurang menarik. Tetapi mendapat tepukan dan jeritan yang gemuruh dari penonton.

08. Anding - Jika Kau Bercinta Lagi [Alleycats]
Pitching kene jaga. His own version of song.. ok.

09. Mas - Permata Biru [Ella]
Tangan macam Michael Jackson, maybe nervous, hanya satu gaya dan menerima teguran dr Aznil

Mungkin juga Mas takut - takut mungkin disebabkan konsert pertama serta hilang confident sebab kene tayang video yang menunjukkan dia jatuh.

10. Adam - Jangan Lafazkan [KRU]
Masuk nyanyi agak slow, jadi kureng sket... di pertengahan lagu baru agak rancak + got his own style of singing. But, ada juga part-part yang seakan meniru KRU

11. Linda - Tak Tahan Lagi [Melly Goeslow]
Persembahan Ok. boleh popular anytime - kata Awie. Terlalu pandang ke atas serta nampak keliru.

12. Kaer - Januari [Glenn]
Menyanyi dengan caranya tersendiri dan agak menarik. Suaranya power tetapi kurang berinteraksi dengan penonton. Pergerakan agak terhad sedangkan pentas sangat besar.

Penutup
Pelajar-pelajar AF 1, diundang bagi memberikan semangat kepada semua pelajar AF 2. Rosma, Vince dan Burn tidak dapat hadir kerana ada tugasan lain. Mereka yang hadir ialah Azah, Adi, Atie, Azizi, Sahri, Nana, Khai, Nija dan Liza

Ketika Sahri memberikan kata-kata semangat, Bob di zoom. mungkin membuat perbandingan barangkali.

Khai pula di zoom pula dengan Zarina.

Konsert berakhir agak lewat, kira - kira jam 11:30 berikutan delay selama 15 minit pada permulaan konsert.

Komen Saya
Pada pandangan saya, keseluruhan Konsert AF2 [001] ini amat bagus. Lebih bertenaga dari Konsert AF 1.

2004-06-11

Diari Akademi Fantasia 2004 [010]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Laporan terakhir hari ini dimulakan dengan kelas motivasi. Para pelajar dikehendaki memejamkan mata serta memikirkan satu perkara yang membuatkan mereka geram. Apabila mereka telah betul - betul bersedia, mereka dikehendaki berdiri lalu menjeritkan perkara tersebut. Dalam banyak - banyak jeritan yang ditayangkan, jeritan dari Nurul agak kureng, mungkin kerana dia agak malu - malu sedikit.

Seterusnya para pelajar membuat persembahan di hadapan semua guru dan juga pengetua sebelum menghadiri konsert.

Adam - komen dari pengetua supaya Adam tidak memegang mikrofon seperti gaya penyanyi karaoke kerana para pelajar yang diambil ke akademi adalah bagi dilatih supaya menjadi penyanyi profesional.

Zahid & Bob - ditegur oleh cikgu Adnan kerana bergurau ketika pelajar lain melakukan persembahan.

Bob - Komen dari pengetua, 'turn' yang dilakukan tidak betul

Farah - Mempunyai sebutan 'S' yang begitu jelas seperti yang dikehendaki sekiranya seseorang penyanyi itu merakamkan lagu di studio (dari pengetua).

Kaer - Agak gugup ketika menyampaikan lagunya

Linda - komen dari guru supaya mendengar kembali lagu bagi memastikan temponya

Mas - pengetua komen yang pitchingnya terlampau banyak lari dan perlu betulkannya, serta tidak memejamkan mata ketika menyampaikan lagu pada bahagian nada tinggi

Zarina - ketika menyampaikan lagunya, seperti bersahaja dan tiada 'feel'. Kaer memandang Zarina seperti terpukau.

Di penghujung rancangan, dipaparkan semula ketika Nurul membuat latihan lagu, Korie dan Adam melakukan tarian joget bagi lagu tersebut. Zarina pula ikut menyanyi.

Komen Saya - Zarina kelihatan sungguh ayu ketika mengenakan baju kurung.

Diari Akademi Fantasia 2004 [009]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Laporan pertama hari terakhir dimulakan dengan kelas tarian Linda Jasmine. Dan ini merupakan persediaan terakhir sebelum hari konsert. Tarian yang dilakukan oleh pelajar perempuan seperti tidak bermaya dan tidak bersemangat. Cikgu Linda meminta mereka supaya melakukannya dengan gaya seksi dan bersemangat. Soalan dari Farah, 'macam mana seksi' dan cikgu Linda berkata, itu merupakan sesuatu yang dia tidak dapat mengajarnya dan perlu dilakukan sendiri oleh pelajar.

Inisiatif pelajar - pelajar dengan membuat latihan sendiri tanpa pengawasan guru - guru mereka. [Linda, Zarina, Mas & Nurul]

Kelas Vokal Adnan Abu Hassan - Adam ketika menyanyikan lagu Jangan Lafazkan agak gementar dan seperti masih kurang bersedia untuk menghadapi konsert yang bakal menjelma.

Nurul pula sekali - sekala masih melihat lirik lagu yang akan dinyanyikannya. Cikgu Adnan menasihatkan Nurul supaya menjaga tempo agar tidak lari.

Komen saya - Secara keseluruhan tarian adalah OK. Dan pelajar seolah menghayati tarian tersebut dengan melakukannya dengan bersungguh - sungguh.

2004-06-10

Diari Akademi Fantasia 2004 [008]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Perkataan keramat lagi, kali ini 'ular lari lurus'. Kata pn Fauziah Nawi, ini adalah bagi membetulkan sebutan pelajar - pelajar AF, terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah dengan huruf 'R'.

Di dalam kelas nyanyian Siti Hajar, Farah menyanyikan lagu Seandainya Masih ada Cinta diiringi oleh cikgu Siti Hajar. Suara Farah ok, tapi suara cikgu dia lagi la power :)

Fitri - sebutan tak berapa kena dengan lagu... kena komen sket dengan cikgu

Nurul - Ok... not bad... pernafasan bagi menyampaikan lagu adalah baik

Imbasan pada hari Isnin, lagu yang akan Kaer bawakan tidak kena dengan nada kunci suaranya... Pengetua, dengan inisiatifnya telah menukar kunci nada lagu Kaer itu.

Akhirnya kamera yang akan berinteraksi dengan pelajar - pelajar diaktifkan. Dan pelajar - pelajar mula berinteraksi dengan kamera tersebut. Ada yang normal, ada juga yang tak normal ... ye la.. macam mengada - ngada sikit.

Di akhir rancangan, pelajar - pelajar lelaki menyanyikan lagu 'Cuti - cuti Malaysia' versi 'kuku kaki kakak ku...'

Diari Akademi Fantasia 2004 [007]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Steps tarian beramai - ramai bagi lagu tema AF. Bob cuba menerangkan yang dia dapati kedudukan yang tidak tally... Bob membisikkan sesuatu dengan Adam ... dan Fitri menasihatkan tentang tidak baik berbisik - bisik di khalayak ramai.

Kelas Vokal - Siti Hajar
Bubbling - tertumpu pada Fitri yang dikatakan mewujudkan tekanan ketika membuat bubbling

Edlin bersedih kerana takut apabila terjadinya perpisahan di antara pelajar-pelajar nanti, mereka tidak akan bersama lagi. Manakala Anding pula menasihati Edlin supaya tidak terbawa - bawa perasaan itu dan berjanji akan menjadi kawan sehingga kiamat.


Rindu Pn Fatimah
Pelajar - pelajar menyatakan yang mereka begitu rindukan pn Fatimah. Lalu kezutan diberikan kepada mereka apabila beliau muncul di Akademi. Beliau meminta pelajar - pelajar memberikan laporan harian semasa ketiadaannya. Mas dan Kaer memberitahu bahawa mereka mengalami perubahan dan belajar banyak perkara.

Komen - saya suka melihat tubuh badan pelajar perempuan AF kali ini, dan di antar mereka, saya suka melihat Zarina dan Linda. Punggung Zarina montok gitu ;)

2004-06-09

Diari Akademi Fantasia 2004 [006]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])
Kelas Nyanyian - Adnan Abu Hassan
Mas - Permata Biru - dah nampak ok & boleh bawakan lagu Permata Biru nyanyian Ella. Masih yidak lancar pada bahagian "seharusnya kau sedar... " - melodi tidak kena + jadi agak sumbang... itulah pandangan Cikgu Adnan. Pada pandangan saya, masih perlukan improvement.

Fitri - Tidak sampai suara pada bahagian nada yang agak tinggi. Sudah dapat menghafal lagu dan menyayi tanpa melihat lirik.

Linda - Sudah dapat menghafal lagu dan menyayi tanpa melihat lirik. Komen Cikgu Adnan - Tempo tidak bersama dengan muzik... menjadi perlahan... Suara sudah ada improvement.

Zahid - Juga sudah menghafal lagu dengan baik.


Bisik-bisik
Zahid dipanggil pn FN bagi menghafal sesuatu di kertas, kemudiannya diminta menyampaikan berita kepada pelajar seterusnya. Latihan bagi pendengaran + pemahaman serta penyampaian berita.

Latihan pembinaan watak - Nurul tidak dapat menghafal perkataan keramat yang diperkenalkan oleh Fauziah Nawi bagi membina watak sedih sambil menyebut perkataan tersebut.

Bagi bagi bagi ambil bagi
Pelajar duduk dalam bulatan bersama Fauziah Nawi memegang botol dan bagi 2 kali sebutan perkataan 'bagi', botol akan diserahkan kepada kawan yang berada di kanan dan bagi perkataan bagi - ambil - bagi botol digerakkan ke kanan - kiri - serah kepada rakan sebelah kanan. Tanpa sengaja semasa membincangkan latihan ini, Adam tumpahkan air. Seterusnya dikenakan denda untuk mop lantai dan lap dengan tisu.

Penutup
Semua pelajar bersama Fauziah Nawi berada dalam bulatan, berpegangan tangan, tarik nafas, jengket kaki, angkat tangan, tarik nafas, tunduk.. ulang... tahannn..... jerit !!!

Nurul - nangis lagi....

Zarina - kelihatan ayu today. Loved to see cute faces :)

Lastly Edlin menangis = reramai pulak pujuk dia...

Diari Akademi Fantasia 2004 [005]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

AEIOU
Diari kali ini bermula dengan pelajar melakukan latihan menyebut A E I O dan U berulang kali.

Senaman
Fauziah Nawi masuk ke studio dan meminta pelajar melakukan senaman pergerakan anggota badan secara perlahan. Ini katanya bagi melatih pelajar-pelajar bagi mengawal suara mereka nanti.

Kuku kaki kakak ku kok kaku kaku kek kok kaku kaku kuku kaki kakak ku

Semua pelajar dikehendaki melakukan latihan menyebut perkataan ini. Bermula dengan perlahan dan kemudiannya diminta menyebutnya dengan laju. Seterusnya pelajar secara pasangan, menyebut perkataan ini mengikut watak; marah, gembira, geram dan sebagainya.

Latihan nyanyian - Cikgu Adnan
Di segmen ini, latihan nyanyian yang dilakukan Zarina, Bob, Farah dan Kaer ditayangkan. Keleesss gitu suara si Zarina, tapi tengok dienyer voting... ciput... c'mon... jgn biarkan yang berbakat tersingkir macam musim lalu.

Kelas tarian solo - Linda Jasmin
Pelajar-pelajar melakukan senaman kecergasan. Push ups - Bob lembik... orang lain push ups ok je... si Bob nampak cam memain sket...

Linda, Kaer, Fitri dan Nurul berlatih menari sambil Linda menyampaikan lagu 'Tak tahan lagi'.

Persembahan semua pelajar menyebut 'Kuku kaki kakak ku kok kaku kaku kek kaku kaku kuku kaki kakak ku' menutup diari kali ini.
Pelajar lelaki menyebut perkataan tersebut dengan nada lagu tiada lagi cinta manakala pelajar Perempuan pula dalam nada lagu Rasa sayang.

2004-06-07

Iklan AF

Butang Merah - AF Interaktif
1. Kedudukan undian terkini
2. Info Pelajar AF
3. Muat turun pilihan
4. Siti Nurhaliza Fantasia Tour

R (Butang Merah) - Aktifkan AF Interaktif (Astro Ria), Cenderamata AF (@15)
Y (Butang Kuning) - Back
G (Butang Hijau) - Home
B (Butang Biru) - Quit
OK - Bagi mengesahkan pilihan, sila tekan butang OK


Apabila kita menekan butang 'OK' bagi memilih menu, kotak yang berwarna kuning akan berkelip menandakan pilihan kita sedang dilaksanakan.

Fungsi butang-butang berwarna ini hanya boleh dilaksanakan di saluran Astro Ria. Bagi saluran @15, fungsi butang-butang berwarna ini adalah bagi pilihan untuk membeli cendramata AF. Cara-cara untuk membeli cenderamata ini juga ada disediakan pada menu tersebut. Di antara cenderamata yang dijual adalah :-

1. Kemeja T (RM35)
- Warna putih, kolar bulat berwarna merah (mempunyai logo AF, besar di hadapan dan kecil di belakang)
- warna biru

2. Topi
- Warna Hitam (RM30)
- Mcm snowcap warna biru@hitam, tak pasti dan juga merah (RM28)

3. Lain-lain
- Pouch Bag - (RM40)
- Payung - (RM42)
- Jam - (RM45)

Diari Akademi Fantasia 2004 [002]

(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])

Para pelajar dikenalkan dengan En. Julian (ganti Baha). Kemudian mereka bersarapan beramai-ramai.

Selepas sesi bersarapan, para pelajar berkumpul di studio bagi mendapatkan tugasan bagi konsert mereka yang pertama. Berikut ialah senarai pelajar beserta lagu yang akan mereka persembahkan.

Pelajar - Lagu
01. Fitri - Jerat [Harvey Malaiholo]
02. Anding - Jika Kau Bercinta Lagi
03. Kaer - Januari [Glenn]
04. Bob - Wajah Kesayangan Hamba [Hail Amir]
05. Zahid - Percayakan Siti [Exist]
06. Adam - Jangan Lafazkan [KRU]
07. Farah - Seandainya Masih Ada Cinta [Dayang Nurfaizah]
08. Zarina - Mencintaimu [Kris Dayanti]
09. Edlin - Bintang Hati [Amy Mastura]
10. Nurul - Sejakku Bertemu Padamu [Sanisah Huri]
11. Mas - Permata Biru [Ella]
12. Linda - Tak Tahan Lagi [Melly Goeslow]

Ketika diamati semasa sesi memberikan tugasan, hampir semua pelajar membaca 'Bismillah' ketika diserahkan fail. Macam nak menunjuk-nunjuk pulak. Entahlah, penonton yang akan nilaikan ini semua.

Pelajar perempuan memakai track-suit, dan semuanya nampak lining pakaian dalam mereka. Dan, nampak bentuk punggung mereka... well yang agak leper pada from my point of view.

Nasihat Pengetua & Guru
Pengetua menasihati pelajar, bahawa tiada yang boleh menyamai penyanyi asal. Guru vokal, En. Adnan pula menasihatkan pelajar menghafal serta menjiwai lagu yang akan mereka nyanyikan. Cikgu Linda pula menasihatkan pelajar wanita agar tidak gementar ketika membuat persembahan.

Pengetua kemudiannya mendengar nyanyian secara spontan dari setiap pelajar diiringi minus-one. Ada di antara mereka yang telah dapat membawakan lagu yang diberikan kepada mereka tanpa masalah, ada juga yang belum dapat menjiwai lagi mereka.

Kelas Drama (Pn Fauziah Nawi)
Penghayatan lagu @ watak - Mas menyatakan masalah baginya bagi menjiwai lagu 'Permata Biru' yang bakal dinyanyikannya. Pn Fauziah Nawi [FN] cuba membantu Mas bagi menjiwai watak di dalam lagu tersebut, yang menyatakan bahawa lagu itu 'terlalu laju'.

Konsert & Undi
Kalau dahulunya konsert adalah percuma, tetapi pada kali ini, penonton dikenakan bayaran bagi menonton konsert mingguan yang diadakan di Dewan Sivik MPPJ. Undian pula dikenakan RM0.50 bagi setiap sms. ASTRO buat duit sakan sekarang ni ye....

Diari Akademi Fantasia 2004 [001]

(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])

Pengenalan
Pelajar memasuki Akademi, dan memulakan sesi pengenalan bersama Pengetua serta Guru-guru mereka di ruang studio.

Lawatan
- Kelas Vokal
Kelas vokal kali ini dilengkapi 12 kerusi (satu bagi setiap orang), agak selesa berbanding AF 1.

- Studio / Kelas Tarian
Susunan studio kali ini agak berbeza dari AF 1, di mana, ia digabungkan dengan ruang bersantai yang mana dahulunya adalah berasingan.

- Dining Hall
Pelajar kemudiannya dibawa masuk ke kawasan dining hall di mana mereka akan menikmati hidangan mereka di situ.

- Bilik Pengetua/Motivasi
Bilik ini, seperti AF 1, bagi pelajar menemui pengetua @ penasihat motivasi sekiranya mereka mempunyai masalah.

Pijak Kaki
Bob memberitahu semua, bahawa sebagai permulaan, kaki guru mesti dipijak sebagai mendapat restu bagi pembelajaran mereka.

Nama di atas kain
Pelajar diminta untuk menulis nama di atas kain dan dilekatkan di bahagian depan + belakang setiap pelajar bagi memudahkan penonton, guru dan krew mengenali mereka.

Penutup
Korie mengajar tarian bagi lagu tema, Akademi Fantasia.