Konsert AF 2 [003]
Minggu ini persembahan yang diberikan oleh para pelajar begitu mantap. Tetapi, masih macam biasa, rambang mata nak pilih siapa yang patut disingkir.
Maklumat terkini mengenai Akademi Fantasia [AF].
Minggu ini persembahan yang diberikan oleh para pelajar begitu mantap. Tetapi, masih macam biasa, rambang mata nak pilih siapa yang patut disingkir.
(20:30 Astro Ria [Ulangan 00:00])
Sesi bertemu pengetua susulan dari konsert yang lalu, pelajar diminta memberikan komen terhadap diri mereka sendiri di hadapan pengetua dan juga guru - guru. Semua mereka mengakui kesilapan dan kesalahan mereka pada konsert yang lalu. Farah menangis kerana pada katanya dia adalah yang paling teruk antara semua. Pengetua mengucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana konsert yang kedua adalah baik sekali.
Kaer - Kenanganku - Jeffry Din
Zahid - Bila Resah - Anuar Zain
Fitri - Ku Petik Bintang - Bintang - Kenny Remy Martin
Edlin - Kau Dan Aku - Ning Baizura
Linda - -> Begitu gembira mendapat lagu yang disukainya. Pengetua menerangkan bahawa tiada muzik iringan dan Linda perlu main gitar bagi lagu tersebut.
Mas - Seksis - Anita Sarawak
Adam - Mengapa Perpisahan Kau Pinta - Flybaits
Zarina - My Immortal - Evanessence
Anding - Slumber - OAG
Bob - Tanya Sama Itu Hud Hud - M Nasir
Nurul - Seri Dewi Malam - Sharifah Aini
Farah - Janji Manismu - Aishah
Setelah mendapat lagu bagi konsert ke 3, para pelajar kemudiannya diminta untuk membuat humming di hadapan pengetua bagi lagu yang perlu mereka nyanyikan.
(12.00 Astro Ria [Ulangan 23:30 hari yang sama])
Rancangan dimulakan dengan sesi pelajar menyampaikan perasaan mereka terhadap konsert yang baru lepas mereka langsungkan kepada pn Fatimah. Kemudian kita ditayangkan klip di mana Mas mengucapkan terima kasih di depan Johnny dan Jenny kepada Astro kerana membawakan Ibu - bapa serta anak - anaknya semasa konsert yang lalu.
Farah pula berterima kasih kerana dihadiahkan dengan Syarifah dan Dollah yang kemudiannya dia namakan Lulu dan Brip Brip.
Bob mengakui yang tekaknya kering sewaktu persembahan.
Kesilapan Kaer menurutnya adalah berpunca kerana kedatangan keluarga di konsert yang lalu.
Sebelum konsert berlangsung, Fitri telah belajar dengan Corrie cara - cara memegang mikrofon sebagai seorang rockers menurutnya.
Edlin agak terasa berikutan komen / kritik dari Farihin yang mengatakan dia tidak sesuai membawakan lagu LeAnne Rimes dan memintanya memilih lagu yang sesuai.
Saya agak keliru, adakah pengkritik - pengkritik ini menyaksikan atau tidak rancangan AF sebelum ini, sekurang - kurangnya bagi mengetahui format rancangan tersebut. At least komen - komen yang remah begini dapat dielakkan. Bukan setakat pilihan lagu, tetapi juga pakaian. Adalah kita semua maklum, pakaian dan lagu telah ditetapkan kepada pelajar dan mereka mesti menyampaikannya samada mereka suka ataupun tidak.
Seterusnya pelajar dibawa keluar bagi acara santai. Semasa aktiviti ini, Mas kerjanya membakar satay dan yang lain - lain makan :) Secara keseluruhannya aktiviti ini menyegarkan mereka yang telah lama berkurung di dalam akademi. Diperhatikan juga Julian macam tak berapa dilayan oleh para pelajar yang pada saya agak menyentuh kewibawaannya sebagai penasihat residensi.