2005-05-21

Konsert Prelude AF 3

Pengetua pada musim ini adalah M Nasir.

Malam ini merupakan penentuan bagi 12 peserta dari 20 yang ditampilkan bagi memasuki AF 3. Muzik bagi persembahan mereka pada malam ini, tidak disediakan oleh Astro, sebaliknya adalah hasil inisiatif bakal-bakal pelajar ini sendiri. Lagu yang bakal mereka nyanyikan juga adalah pilihan mereka sendiri.

Persembahan dimulakan oleh Isa, diikuti oleh Ekin dari Labuan yang menyampaikan lagu Siti Nurhaliza bertajuk Dialah Di Hati.

Persembahan seterusnya adalah dari Amylea yang menyanyikan lagu If I Aint Got You.
Seterusnya Yazer dari Tawau meyampaikan lagu Rela Ku Pujuk. Kecil molek, itulah perawakan Shiha, bakal pelajar seterusnya yang menyanyikan lagu Gonna Get You Good.

Pelajar seterusnya dari Johor, Azlif menyampaikan lagu Isabella. Suara agak mendayu, boleh tahan la... Calon rockers juga, selepas Yazer. rambut Yazer dan Azlif ni seakan-akan menggunakan teknik rebonding :D

Saving All My Love for You lagu seterusnya nyanyian Whitney Houston menjadi pilihan ... Suara bagus. Sejibik macam Whitney Houston.

Calon pelajar seterusnya berasal dari Ampang, berbintang Virgo bernama Reza menyampaikan lagu Ku Harap Cinta. Muka ada sikit iras-iras Fitri, bekas pelajar AF musim 2. Ada tahi lalat kat dagu kiri. Cute sangat :D Suara bagus, cuma slack menyanyi lagu berentak perlahan, tetapi memakai seluar Jeans yang berantai kilat-kilat tu...

Pelajar dari Pandan Jaya, Diana menyanyikan lagu Aku Sayang Padamu. Suara bagus. Ada kelas gitu. Muka ada iras-iras Janet Khoo, pelakon cerita Astana Idaman.

Berasal dari Cheras, Fuad menyanyikan lagu She;s A Lady. Badan agak gempal, tapi kurus sikit dari Sahri [AF1] or Bob [AF2]

Pelajar dari Tamparuli Sabah, sepatutnye Colors of The Wind, penerbit kata dia tak akan nyanyi kata penerbit menerusi Aznil kerana mempunyai masalah suara. Nasib Marsha akan ditentukan sebentar lagi.

Dari Kulai, Johor, Mawi; menyampaikan lagi Intifada.
Peserta ke 14, Elliza berasal dari Kuala Kangsar menyampaikan lagu Mengapa.
Berasal dari Setapak, Kefli menyanyikan lagu Dir.
Akma dari Kuala Lumpur menyanyikan lagu I Will Always Love You. Muka bujur sireh.
Heider menyanyikan lagu Bon Jovi bertajuk Its My Life.
Mama Ku Ingin Pulang dinyanyikan oleh Rina, dari Perak.
Calon seterusnya dari Kota Belud Sabah, menyanyikan lagu Cinta Seorang Teman; Felix.
Calon terakhir, Idayu menyanyikan lagu I Have Nothing.

Kesimpulan yang dapat dibuat, ramai penyanyi perempuan membawakan lagu Whitney Houston.

Keputusan siapa yang terpilih :-
Eliza
Ikin
Amylia
felix
idayu
amy
aidel
fuad
kefli
yazer
reza
akma

Tak Terpilih :-
Marsha
azlif
mawi
isa
shiha
haider
rina
diana

Stay tune...